Saturday, October 22, 2011

DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT


DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG-BINTANG DAN
PINGAT-PINGAT ANUGERAH KERAJAAN NEGERI
PERAK DARUL RIDZUAN



DARJAH KERABAT YANG AMAT DIHORMATI ( D.K. )
Kurniaan dikhas kepada Raja Pemerintah, Raja Permaisuri dan Bakal Sultan Negeri Perak.




DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULAN AZLAN SHAH PERAK YANG DIHORMATI ( D.K.S.A. )
Kurniaan dikhas kepada ahli-ahli keluarga Diraja.




DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.)

Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri DiRaja" dikurniakan sebagai suatu penghormatan yang amat istimewa, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan bertanggungjawab.




DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI ( S.P.C.M. )

Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" Peringkat Pertama dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. Penganugerahan Peringkat Pertamaini adalah terhad kepada 30 penerima sahaja.




DARJAH DATO' PADUKA CURA SI MANJA KINI ( D.P.C.M. )

Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 54.

Penganugerahan peringkat kedua ini adalah terhad kepada 70 orang sahaja dan penerimanya
menikmati dengan panggilan Dato'.




DARJAH PADUKA CURA SI MANJA KINI ( P.C.M. )

Dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari Gred 2 atau setaraf dengannya; dan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (tentera Laut, Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas.





DARJAH AHLI CURA SI MANJA KINI ( A.C.M. )

Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dan dikurniakan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri dan kepada pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41.Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Leftenan Kolonel (Tentera Darat), Komander (tentera Laut), Leftenan Kolonel Udara (tentera Udara),Penguasa (Pasukan Polis) dan ke atas.




DARJAH DATO' SERI PANGLIMA TAMING SARI ( S.P.T.S. )

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis Negara ke atas. Terhad kepada 10 penerima sahaja dengan panggilan Dato' Seri Panglima.





DARJAH DATO' PAHLAWAN TAMING SARI ( D.P.T.S. )

Penerima darjah ini terhad kepada 30 sahaja dan menikmati dengan panggilan Dato' Pahlwan. Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Brigedier Jeneral hingga Mejar Jeneral dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya hingga Timbalan Pesuruhjaya.



DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK ( S.P.M.P. )

Peringkat yang pertama Darjah ini adalah dimaksudkan terutamanya bagi mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini semenjak beberapa lama dengan mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan bertanggungjawab. Oleh kerana bilangan penyandangnya sekarang terhad kepada 50, maka lantikan kepada peringkat ini akan disifatkan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicap
ai. Penerimaan masuk kepada peringkat ini lazimnya adalah dengan kenaikan pangkat dari orang-orang yang telahpun dilantik kepada peringkat kedua. Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang telahpun dikurniakan D.P.M.P., maka mereka lazimnya tidaklah boleh ke bawah daripada Tingkatan Tertinggi 'C' dalam bahagian 1.




DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK ( D.P.M.P. )

Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Mahkota Perak. Syarat-syarat penerimaannya sama dengan kelayakan D.P.C.M. Penerima darjah ini terhad kepada 100 ahli, adalah dimaksudkan bagi mereka yang mempunyai kedudukan tinggi yang terkenal kepada perkhidmatan cemerlangnya kepada Negeri ini dalam apa-apa jua lapangan kehidupan. Untuk melayakkan mendapat kurniaan ini maka lazimnya mereka mestilah mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang-bidang kegiatan tertentu dengan menggunakannya bagi kebaikan Negeri. Untuk melayakkan mendapat pertimbangan maka kakitangan-kakitangan awam lazimnya mestilah di dalam Bahagian I dalam Perkhidmatan Awam dan telahmencapai sekurang-kurangnya pangkat Tingkatan Tertinggi 'F'.





DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK ( P.M.P. )

Darjah ini terhad kepada 175 ahli, adalah dimaksudkan sebagai kurniaan kepada mereka yang telah banyak memberikan jasa kepada Negeri ini, yang mana walaupun tidak sebegitu tinggi mutunya, sebagai dikehendaki bagi Peringkat Kedua, tetapi boleh dianggap sebagai luar biasa, dengan erti kata telah menjalankan tugas yang amat sukar dengan jayanya ataupun pekerjaan yang berat telah dilakukan semenjak beberapa lama dengan cemerlangnya. Berkenaan dengan kakitangan kerajaan, maka kurniaan-kurniaan itu boleh diberikan kepada pegawai Bahagian I yang menyandang pangkat tidak kurang dari Tingkatan Tertinggi 'G'.



Add Image

DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK ( A.M.P. )

Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Mahkota Perak dikurniakan kepada pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41 yang berkebolehan istimewa dan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri.

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Kapten dan Mejar (Tentera Darat), Leftenan dan Leftenan Komander (Tentera Laut), Kapten Udara dan Mejar Udara Udara (Tentera Udara), Penolong Penguasa dan Timbalan Penguasa (Pasukan Polis). Darjah ini terhad kepada 450 penerima sahaja.



PINGAT KEBERANIAN HANDAL ( P.K.H )

Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan, dalam Negeri Perak, sesuatu keberanian yang tersangat handal dan keberanian itu dilakukan dalam keadaan yang mendatangkan bahaya yang besar kepada dirinya.



PINGAT PEKERTI TERPILIH ( P.P.T. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan, dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang bersifat cemerlang dan berani.




PINGAT JASA KEBAKTIAN ( P.J.K. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri selain daripada keberanian handal iaitu perkhidmatan yang berupa daya utama dan setia dalam menjalankan kewajipan, termasuk perkhidmatan yang lama dengan menunjukkan kebolehan yang luar biasa, jasa kebaktian dan kelakuan yang memberi contoh teladan.



PINGAT LAMA PERKHIDMATAN ( P.L.P. )
Tidak terhad. Pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan lama dan taat setia kepada Negeri Perak tidak kurang daripada 25 tahun. Perkhidmatan itu telah dibuktikan dengan daya usaha dan kesetiaan dalam menjalankan tanggunggjawabnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dan boleh menjadi teladan.


ps : Elaun bagi sesetengah pingat di atas tidak dapat saya siarkan.harap maaf

sumber foto : sultan.perak.gov.my













No comments: